Friday, 13 December 2013

Baby Sembelit

Hari ni aku agak rajin la sebab nak menulis lagi. 
nak cite bab sembelit ni atau pun constipation. pekara ni biasa sangat berlaku pada baby
walaupun Alauddin ni fully breastfeed okay. tak de campo-campo susu formula.
Baby start kena masa raya aidilfitri 2013, huhu mmg kesian sungguh time tu tengok dia sembelit meneran 
punya la lama tp tak nak keluar la pula. sorry la kalu terover cite tapi mmg 
ni yang berlaku kat Alauddin.
Apalagi bila dah tengok dia macam tu menangis menahan kesakitan mak mane yg boleh tahankan.
bawa la g jumpa doktor, masa cuti raya pertama pula tu manelah ada klinik yang buka
kat tempat yg mmg aku tak biasa sgt.
pusing-punya pusing jumpa la satu klinik dr Sing. masuk masuk je dia panggil Alauddin handsome boy
huhuhu mak mane yg tak perasan kan hehehehe..abis anak tak faham lagi.



masa ni dia masih debot lagi..ni pic ambil sebelum dia meragam sakit perut huhuhu...baru perasan start lepas raya susah nak ambil picture dia. ermmm.

merapu dah kan, balik pasal semelit tu, doktor cakap benda ni mmg biasa berlaku pada baby ok
kadang sampai 3 4 hari n kadang-kadang ada yg lebih la lagi upanye.
so dia bagi ubat minum n standby ubat montot.

balik je bagi la ubat minum tu sbbnya afif dah 4hari tak buang air besar n sekarg sembelit pulakan
bila dh bagi mmg la dia nak keluar tapi susah, najis keraskan.
apalagi buka diaper n kemuadian picit perut belah kiri picit betis untuk bagi kekuatan kat dia eh boleh ke ayat ni eh ekekeke...
tapi tulah cara yang aku buat untuk menolong dia tapi nagis tetap nagis la...sian tengok afif masa ni..

constipation ni berlaku kat Alauddin bukan sekali dua ok, byk sgt sampai aku pun tak tau byk kali tu
sebabnya maid aku ni upanya dia bagi juga ubat montot tu bila aku keje hahahaha...
yg aku igat dengan aku adalah 2 kali dengan dia aku tak sure berape tk igat sebenarnya
tapi aku sentiasa monitor Alauddin setiap kali balik keje mesti tanya ada buang air atau tak.

bila dah asyik sembelit, aku tanya doktor normal ke tak normal
sebabnya nak pakai ubat montot kan baru ukuk.

ni pun still kena juga tapi tak bg ubat montot, sebab doktor ckp tak elok ubat montot tu
walaupun ada yg ckp tk pe dh besar oklah  nnti.
ermm...sekali tu g jumpa dok kat HKL dok check ada fissure kat bahagian dubur dia.
dok bagi ubat gel n ubat montot gak tapi bukan yg air k, yg mcm ubat nak turun kan demam tu hah. name ubat tak igat.

sekarang ni bagi byk-byk makan betik, tengah musim banyak senang pula dpt kan. 
banyak pula stock kat jusco au2 tu apalagi setiap kali nampak beli jelah kan
bukan baby je boleh makan mak baby pun boleh.

cuma walaupun nampak cam biasa sgt pd aku, tp aku ttp nk juga g jumpa dok tanya pendapat n nasihat.

Thursday, 12 December 2013

maCam tAk caYa je

Macam tak caye je..macam tak caye je huhuhu alauddin dah nak setahun tinggal berape hari je lagi ni.. oo kesayanganku alauddin, ape patut mimi mu ni buat ye. feeling excited sungguh tau dalam masa yang sama macam baru semalam benda ni berlaku. 

Makin besar makin banyak ragamnye...but itu yang selalu mimi rindu. sekarang Alauddin dah mula nak bertatih suka sgt mimi dia bila dia dah mula nak menapak
tapi takut-takut so sweet Alauddin. 

sebelum ni risau dia lambat jalan tapi bila baca kat blog saatakukaupilih membuatkan mimi rasa tak pelah merangkaklah lama-lama sikit ye sayang...huhuhu
tapi kalau nak diikutkan memang lama sangat alauddin ni merangkak. 
masa 6 bulan setengah dia baru pandai golekkan badan, bila tanya kawan lambat mungkin sbb badan dia yg debot tukan. masuk 7 bulan baru mula merangkak tu pun takut-takut 
igat lepas dia merangkak dia akan wat aksi mcm rambo tu huhuu tak de pula cuma merangkak je anak mimi ni pandai. 

ni picture masa dia pandai bergolek dengan sendiri tanpa bantuan.

stage afif start merangkak sampai dh jadi pro huhuhuhu
(ni aku copy paste dr corp presentation hahahaha tak kde keje kan aku ni)



Monday, 23 September 2013

aZura mIMi alaudDin

Ni..kali keberape mengarang pun tak tau la..selalu bila dah mengarang tersimpan je.. bila tengok semula eh asal pula tak post huhuhuhu...dari baby kat dalam perut sampai ni dah keluar dan ni nak masuk 9 bulan benda tu duk tersidai dalam simpanan...
xceli tak tau nak tulis ape pun tapi bila tak menulis rasa nak menulis pula..bila lagi tengok si buah hati dah semakin membesar... konon-konon untuk tatapan dia nanti... pejam celik pejam celik buah hati dah nak masuk 9 bulan...sekarang dh semakin lasak..wat masa ni gigi bawah baru je tumbuh n dah pandai memanjat...ape saje yg dia berkenan akan di capai...yg paling seronok bila dengar dia menangis megada-gada... arrr buat hati ni buat mimi tak senang duduk.. walaupun penat tetap nak duduk melayan kerenah si dia.
Ni bukanlah kali pertama aku menjaga si kecil, tapi mungkin ini kali pertama yang keluar dari rahimku sendiri membuatkan aku terasa sangat kehadirannya... bukan niat membezakan tp itu hakikat yg tak boleh aku nak menolak. Mungkin kerana aku yg membawanya selama 9 bulan dan aku yang merasakan getaran cinta semasa melahirkannya walaupun kelahirannya ke dunia fana ini bukan secara normal. 
Aku tersangatlah bersyukur atas kehadirannya di dalam hidup ini.. Kehadirannya menjadi suntikan semangat untuk aku lebih tabah dan berani menghadapi hari-hari yang mendatang. 
picture ni aku ambil hari dia selamat dilahirkan.. mcm tk percaya je..huhuhu. kehadirannya cukup bererti buat aku. 
bila pk saat aku tk cukup tido nak menyusukan dia buatkan aku sedih... bukan sedih ape aku ni klu dpt tido tk igt dunia dh sian dia masa tu tp lepas dr tu aku terus berazam untuk bangun menyusukan dia walaupun ape jadi... dalam minda ni kena set satu pekara "ni lah masanye yg aku ada untuk dia...nnti dia dh besar kang tak de lg mcm ni...waktu ni je la...nnti aku juga yg rindu waktu-waktu ni sape susah"