Ni..kali keberape mengarang pun tak tau la..selalu bila dah mengarang tersimpan je.. bila tengok semula eh asal pula tak post huhuhuhu...dari baby kat dalam perut sampai ni dah keluar dan ni nak masuk 9 bulan benda tu duk tersidai dalam simpanan...
xceli tak tau nak tulis ape pun tapi bila tak menulis rasa nak menulis pula..bila lagi tengok si buah hati dah semakin membesar... konon-konon untuk tatapan dia nanti... pejam celik pejam celik buah hati dah nak masuk 9 bulan...sekarang dh semakin lasak..wat masa ni gigi bawah baru je tumbuh n dah pandai memanjat...ape saje yg dia berkenan akan di capai...yg paling seronok bila dengar dia menangis megada-gada... arrr buat hati ni buat mimi tak senang duduk.. walaupun penat tetap nak duduk melayan kerenah si dia.
Ni bukanlah kali pertama aku menjaga si kecil, tapi mungkin ini kali pertama yang keluar dari rahimku sendiri membuatkan aku terasa sangat kehadirannya... bukan niat membezakan tp itu hakikat yg tak boleh aku nak menolak. Mungkin kerana aku yg membawanya selama 9 bulan dan aku yang merasakan getaran cinta semasa melahirkannya walaupun kelahirannya ke dunia fana ini bukan secara normal.
Aku tersangatlah bersyukur atas kehadirannya di dalam hidup ini.. Kehadirannya menjadi suntikan semangat untuk aku lebih tabah dan berani menghadapi hari-hari yang mendatang.

picture ni aku ambil hari dia selamat dilahirkan.. mcm tk percaya je..huhuhu. kehadirannya cukup bererti buat aku.
bila pk saat aku tk cukup tido nak menyusukan dia buatkan aku sedih... bukan sedih ape aku ni klu dpt tido tk igt dunia dh sian dia masa tu tp lepas dr tu aku terus berazam untuk bangun menyusukan dia walaupun ape jadi... dalam minda ni kena set satu pekara "ni lah masanye yg aku ada untuk dia...nnti dia dh besar kang tak de lg mcm ni...waktu ni je la...nnti aku juga yg rindu waktu-waktu ni sape susah"